Wednesday, December 22, 2010

RESEPI PENGAT DURIAN ... Orang PERAK.. Cuba kabor !!

Salam satu Malaysia..
Mengupdate  blog selepas makan kari ayam yang mama Ayumi bagi tadi.
Pada mulanya Ayumi gi hantar Pengat Durian kat umah mama.
Maklumlah, ayah Ayumi ngah sakit gigi dah 3hari nie.
So, sebagai ubat untuk sakit gigi, kenelah bawakan feveret dia yang berkait dengan durian.

Sekarang nie bukan musim durian pon.
Disebabkan semalam Ayumi tetiba terliur plak nak makan durian.
Tak tahu nak cari kat mana.
Last2, kami jumpa kat area kampung Bruce di area Sg.Buloh.
Kami beli dari orang kampung yang ada pokok durian depan umah dia.
Fresh tau, baru jatuh dari pokok.
Tapi malangnya kami beli durian tak berapa manis. Orang Perak kata "Mangko"

So, Ayumi pon terus lah bercadang untuk membuat pengat durian je.
Dengan pantas nyer membuka peti ais tengok santan ada ke tak,
Ternyata hanya ada santan kotak je.. Blasah je lah... janji santan maaa..
Tapi kalau guna santan fresh lagi best.


Haaa... kawan2 nak tahu resepinya??
Jom salin resepi kat bawah nie;

Bahan2nya ialah ;----
            • Santan
            • Daun Pandan
            • Air
            • Gula (secukup rasa)
            • Durian (Bahan Utama)


Cara2nya ialah ;---
* Kalau durian tu manis, kawan2 tak payah asingkan biji durian dengan isinya. Tapi kalau durian
tu tak manis @ masih ala2 mentah gitu, kawan2 kene buang biji durian hanya ambil isi je.


* Masukkan sedikit air & daun pandan yang telah dibasuh.
Air yang diperlukan lebih kurang bagi isi durian tadi tenggelam.
Kemudian rebus sehingga mendidih @ isi durian tadi sebati.




* Masukkan santan mengikut citarasa kawan2. Kalau nak lebih lemak,
boleh letakkan santan lebih sikit.

* Masukkan gula secukup rasa. Tapi kalau durian tu dah manis, tak perlu letak pon boleh.

* Masak sehingga mendidih & boleh dihidang...
SENANGKAN !!!!

*** P/S : Lagi sedap kalau dimakan dengan roti.





0 comments:

Post a Comment