Wednesday, January 12, 2011

~RESEPI JUS PEGAGA EPAL ~ Khas untuk kaum WANITA !

Salam 1 Malaysia...

Hari nie Ayumi nak kongsikan dengan kawan2 semua,
RESEPI "JUS PEGAGA EPAL".. Khas untuk kaum wanita.
Sebab apa Ayumi kata untuk kaum wanita, sebab ianya melibatkan tentang
kelebihan & kecantikan seseorang wanita.

Khasiat meminum air Jus Pegaga Epal nie adalah untuk membersihkan
dalaman wanita, contohnya seperti keputihan, hilangkan bau badan dan sebagainya.
Ibarat ianya mencuci segala yang kotor di dalam badan kita.

Ini juga salah satu petua turun temurun dari Mama Ayumi tau.
Dari Ayumi masih anak dara lagi.
Selalunya Ayumi minum air Jus Pegaga nie hanya blend & tak taruk apa2 pon.
Tapi mak mertua Ayumi kata cuba blend ngan epal hijau sekali.
Rasanya akan lebih sedap.


So... kat sini Ayumi tunjukkan cara2 nak wat Jus nie.
1st sekali kita kene basuh daun pegaga nie bersih2.. Jangan buang akar dia.
Coz kita akan blend dengan akar daun pegaga sekali.



Selepas itu, potong buah epal hijau lebih kurang 2 biji.
Blend kan "TOGETHER2" Daun Pegaga & Epal Hijau sampai halus.
(*** Kalau nak manis leh letak gula secukup rasa)
Setelah blend, airnya perlulah ditapis & boleh diminum.

**Kalau Ayumi suka letak dalam peti ais dulu. Bila dah sejuk baru minum.
Yum..yum.. SEDAP !! Selamat Mencuba...**

1 comments:

Unknown said...

hmmm...macam sedap je jus ni...ayumi minum tiap hari ke?mesti mak ayumi lawa orangnya....rajin amalkan...

ct-natasha.blogspot.com

Post a Comment