Wednesday, October 6, 2010

5 OCTOBER ~ MY BESDAY




Sedar tak sedar kini Ayumi dah 24tahun. Next year, Ayumi dah 25tahun.
Rasa macam sekejap sangat.
Tahun nie Ayumi sambut ulang tahun Besday Ayumi bersama suami saja.
Ingat kan tahun nie dapat sambut Besday ngan anak kami, 
tapi Allah Taala lebih sayangkan dia.
So, kami sambut berdua lagi. Insyallah kami mengharapkan tahun hadapan
dapat kami sambut segala2nya bersama Insan yang kami tunggu2 selama ini.


Sambutan kali nie sederhana saja. Pada mulanya memang terasa sangat2 sedih.
Kerana terlalu mengharapkan sesuatu yang telah tiada bersama.
Namun Ayumi bersyukur suami amat memahami.
Walaupun begitu, Bruce tetap juga nak celebrate besday Ayumi bersama.


Hati kecik ini terasa sangat tersentuh apabila Bruce kata,
"Insyallah Ummy, berdoa & tawakkal sayang.. Mohonlah doa selalu selepas solat."


Ayumi berdoa kepada Allah, 
"Sempena keberkatan pada Ulang tahun kelahiranku, kau lahirkanlah zuriat kepada kami
ya Allah. Zuriat yang sihat & sempurna, yang lahirnya dari sisiMu. "


" Ku berikan ciuman Ikhlas ku ini kepada mu Wahai Suamiku.
Sesungguhnya akan aku sedaya upaya untuk membahagiakan dirimu,
sehingga akhir hayatku."


Allah tu memang Maha Adil kan.
Setiap manusia diciptakan ada Kelebihan & Kekukarangannya.
Kelebihan & Kekurangan kami melengkapkan antara satu sama lain.
Anugerah Allah yang paling indah.


Sesungguhnya aku bersyukur padamu ya Allah.
Tiada lain kata yang mampu aku ucapkan.
 Ya Allah, semoga di usia aku 24tahun ini, aku akan lebih matang dalam kehidupan ini.
Kau bukakanlah pintu & murahkanlah rezeki kami.
Berkatilah segala rezeki kami supaya mendapat keberkatan Mu dunia akhirat.
Kekalkan kasih sayang, cinta & setia kami di antara satu sama lain,
sehingga akhir hayat kami.
Kau jauhilah kami, dari seksaan api nerakaMu, kau bawalah kami ke jalan2
yang kau redhai serta berikan kami Taufiq & Hidayah untuk kami
lalui kehidupan di atas muka bumi Mu ini ya Allah.

Sesungguhnya kau Maha pengampun,penyayang & Maha berkuasa.
Amin


Khas untuk Suamiku : " Daddy, terima kasih sangat2 kerana mencintai & memberi Ummy sepenuh
kasih sayang. Daddy tak pernah mengeluh walauapa jua rintangan yang datang dalam kehidupan kita.
Sifat itu, kadang kala Ummy terasa mahu mengikutinya, namun Ummy tak sekuat Daddy.
Ummy bersyukur, kerana Allah menganugerahkan Daddy sebagai suami Ummy dan 
juga Siti Aisyah anak perempuan kita.

Daddy ketahuilah bahwa Ummy sangat mencintai Daddy sepenuh hati Ummy.
Ummy akan membuat yang terbaik untuk keluarga kita.
Demi masa depan kita & anak2 kita nanti.
~ Insyallah ~






0 comments:

Post a Comment