Saturday, October 2, 2010

TENGAH MALAM DI PUTRAJAYA


Malam tue Bruce tak dapat tidur sebab dia kata cuaca panas betul malam tu.
Ayumi plak, pantang baring memang akan hilang lah.
Bruce kata, tak pe lah Ummy tidur dulu. So, Ayumi pun mengambil peluang yang ada
untuk melelapkan mata dulu.

Tetiba, Ayumi tersedar Bruce kejutkan Ayumi bangun dari tidur.
Masa Bruce bangunkan Ayumi, tiba2 terfikir " Dah Pagi ke?Rasanya baru aku tidur. "
Bruce bagitau yang Apis ada call dia nak ajak gi lepak2 kat luar.
Ayumi pun tanya Bruce " Dah pukul bape nie nak kuar? "
Bruce kata dah pukul "12.30 tengah malam ".


Ayumi pun terus bangun & basuh muka.
Kuar dari bilik air Bruce siap dah ambilkan Ayumi baju sejuk & siap nak 
tolong sikatkan rambut Ayumi sekali.
Nie betul2 amik hati nie nak ajak kuar . Hehehe..


Bruce kata nak lepak Putrajaya. Tapi kat sana bukan ada apa pun kalau dah
tengah malam. Bruce kata cuma nak gi jalan2 amik angin je.
Sebelum ke Putrajaya, kami singgah amik Apis & isteri dia Ira kat umah mak Apis.
 Para2 suami semua muka segar bugar. Ayumi dah Ira masing2 mata kuyu semacam je.


Kat Putrajaya kami ronda2 je kat area sana. Jalan memang lengang giler.
Seronok gak gi jalan2 macam tu.
Kami lepak jugak kat jambatan Putrajaya tu. Tapi kat jambatan tu
memang ramai orang lepak coz angin malam dia best giler.
Kalau ada sesapa nak relaxkan kepala, leh ar gi lepak kat jambatan Putrajaya
tu time tengah2 malam.


Agak2 dah bosan lepak, kami pun bergerak cergas balik ke Puchong
untujk gi cari makan plak.
Pagi buta tu kami lepak makan kat restoren yang selalu Ayumi & Bruce lepak
makan iaitu kat Restoren Rejab, Puchong Utama.
Kami pun lepak lah sampai kul 4 pagi.

0 comments:

Post a Comment