Friday, October 1, 2010

BRUCE BUAT SURPRISE DI SUNWAY HOTEL


Masa nie hari ke2 terakhir puasa. Bruce kata nak gi beli baju raya.
Kami tahun nie beli baju last minit sebab terlalu sibuk.
Ayumi sempat beli baju 2pasang je. Kedua2 baju tema Hitam.
Satu baju kurung beli kat SACC Mall S.Alam & satu lagi baju kurung beli kat
Plaza Alam Sentral S.Alam.

Pas ke Shah Alam cari baju Ayumi, kitaorang terus gerak ke
Sunway Pyramid sebab nak beli baju Bruce pulak.
Bruce selalu shopping baju kat Sunway Piramid.
So, tiap2 kali nak shopping baju dia, kami slu ke sana.


Pusing punyer pusing, Bruce beli 2pasang je t-shirt.
Seluar jean dah beli awal2.Baju melayu tahun nie Bruce tak nak beli.
Coz dia kata membazir je. Baju tahun lepas baru pakai bape kali je.
Bila fikir2 balik betul jugak. Lagi pun tahun nie, raya ke-2 dah start keje.


Memangdangkan jam time tu dah pukul 6.00petang,
Ayumi ajak Bruce gi cari tempat makan untuk berbuka puasa.
Ayumi risau kalau xsempat. Kalau lambat kompem tak dapat tempat duduk.
Bruce kata, banyak lagi tempat makan. Kalau tak sempat,
kita buka air dulu, pastu baru kita cari makan.
Makan dalam kereta pon boleh jugak.

Ayumi pon mengiakan je. Setakat buka puasa, mana2 pon boleh kan.
Drive Thru pun ok gak.
Bruce terus ajak Ayumi ke tempat game.
Dia kata dah lama xmain game tembak2. So, kami pun gi sana & main game.


Jam dah menunjukkan pukul 7.00ptg.
Air minuman pon xbeli lagi. Jap gi nak berbuka.
Tapi Bruce wat tak endah kan je apa AYumi cakap.
Dia asik kata " Kejap lagi kita beli"..


Peliknya sesedang Ayumi mengambil gambar orang main ice skating,
tetiba dia kata, " Ummy, kita makan kat Sunway Hotel nak??"
Ayumi pon terus cakap nak je. Tapi time tu Ayumi tahu Bruce saja nak bergurau.
Bruce pon wat alar2 konon nak masuk dalam Sunway Hotel tue.
Ayumi siap amik gambar dia jalan masuk lagi.
Sebab Ayumi tahu Bruce memang suka bergurau.

Ayumi pon apa lagi, saja follow Bruce dari belakang sambil tersenyum
tanda dah tahu Bruce saja nak bergurau.
Perjalanan Bruce makin ke dalam Hotel.
Tetiba Ayumi rasa pelik sekejap. Ayumi pun terus panggil Bruce.
" Daddy, cepat ar... jangan main2.. Dah nak waktu berbuka dah"

Bruce terus tarik tangan Ayumi. Dan dia kata " Nak berbuka lah nie. Ari nie kita
Berbuka kat sini."..
Tercengang Ayumi dibuatnya. Masih memikirkan Bruce sedang bergurau senda ngan Ayumi.
Sesampai di kaunter, Bruce terus tanya budak perempuan tu,
" Nama saya Bruce. Meja no. bape ek kami?"

Perempuan tu check kat dalam kertas dia & terus cakap,
" Mari saja tunjukkan meja cik berdua"
Bruce hanya tersenyum je tanpa cakap apa2 kat Ayumi.


Rupa2nya dia booking dari semalam nya lagi.
Saja nak buat surprise kat Ayumi.
Bruce kata, dia dah niat dari awal puasa nak bawa Ayumi kat sini.


Wah... teruja & terharu plak Bruce wat suprise macam nie.
Thank you Daddy... Love u so much.
Punyer dah diet sepanjang puasa, tetiba last puasa tambah balik berat badan.

Menu makan 1st Ayumi memang kene nasi. Tak tahulah
kenapa Ayumi tak leh lekang nasi. Sekurang2nya dapat makan sikit.
Bruce ari tu tak makan nasi. Dia cuma makan lauk2 je & makanan lain.




Tinggal lagi beberapa minit nak berbuka.
So, nie muka2 ngah menunggu waktu azan. Masing2 dah tak sabar nak makan.
Terutamanya orang yang pakai naju hijau tue.. hehe









Lepas satu, satu lagi makanan di ambil & di makan.
Rasa macam nak buka je butang suar jean nie. hehe
bukan apa dah sendat,perut penuh ngan makanan + ngan air lagi.





Blasah Ayumi makan semua yang ada.
Balik kang jangan nak menjerit bila timbang berat badan.



Kami habis makan lebih kurang kul 8.15malam.
Dah kekenyangan so bergerak balik ke rumah dengan berjalan perut masing2 ke hadapan.



Otw keluar parking kereta, sempat gak Ayumi amik gambar lampu2 sekitar
Sunway Pyramid nie.





0 comments:

Post a Comment