Sunday, January 1, 2012

KEMBALI BER "BLOGGING" 2012

Selamat Tahun Baru 2012
Agak lambat jugaklah Ayumi wish kat korang semua.
Namun ianya masih lagi bulan Januari 2012. So, takde lah lambat sangat kan?.
Maaf lah sebab dah lama sangat tak update blog nie.
Sebenarnya, sepanjang tak berblogging nie, Ayumi tengah pregnant.
So, Ayumi lebihkan fokus pada menjaga kesihatan Ayumi & Baby.

Alhamdulillah, Ayumi pun dah bersalin dengan selamatnya.
Ayumi dapat baby "BOY" pada 19 Oktober 2011 yang lalu.
Nama si Hero Ayumi nie ialah "Miqhael Muhammad Damien bin Mohd Fairus".
Berat semasa Ayumi lahirkan dia cuma 2.89kg.
Lahirnya lebih kurang pada pukul 5.30petang camtu lah.
Sekarang nie Damien dah 3bulan.

Rasa cepat masa berlalu. Teringat plak semasa & saat melahirkan Damien.
Sepatutnya due date Ayumi deliver pada 29 Oktober 2011.
Tapi terawal 2minggu sebab Ayumi pecah air tetuban awal.
Tak sangka nak bersalin awal. Sebab masa datang hospital tu hanyalah nak gi checkup.
Sebab semalamnya Ayumi rasa ada keluar air tapi tak banyak pun.
Tanda2 sakit time tu pun tak de.
Husband tanya kat Ayumi sakit ke tak & nak pegi hospital ke?
Tapi ayumi berdegil untuk gi hospital esoknya. 
Sebab kalau gi mesti dia suruh balik kalau masih tak de apa tanda2 nk bersalin.


Keesokan checkupnya,doktor kata baby dalam perut Ayumi kurang oksigen.
Doktor bagitau, Ayumi dah pecah air tetuban lebih dari 24jam.
Pintu rahim plak dah buka 3cm time tu.
Pergh.... cuak giler sebentar.
Tak sangka plak dah bukak 3cm. Sedangkan tanda2 sakit nak bersalin tak de langsung.
Doktor terus berikan Ayumi oksigen.
Tiba2 terasa jantung berdegup laju giler.
Doktor & nurse seolah2 wat Ayumi macam berdepan dengan pesakit kritikal plak.

Selepas setengah jam diberi oksigen, doktor kata pintu rahim Ayumi dah buka 4cm.
Doktor terus wat keputusan untuk pecahkan lagi air tetuban Ayumi.
Doktor suwuh Ayumi call husband & minta Ayumi makan untuk beri tenaga semasa bersalin.
Kebetulan husband & mak mertua sudah ada di luar hospital.
Mak mertua plak siap membawa bekalan makanan dari rumah.
Bertambah berselera lah. 

Mak mertua & husband asik tanya ada rasa sakit ke tak.
Ayumi pun bagitau mereka bahawa tiada sebarang kesakitan ketika itu.
Mak mertua seolah2 macam tak percaya Ayumi tak ada rasa sakit.
Husband plak asyik tanya nak makan apa.
Haiyoooo... rupa2nya bukan orang nak bersalin yang resah gelisah.
Tapi orang yang ngah tunggu orang nak bersalin lagi resah gelisah.

Nak tergelak pun ada time tu.
Husband siap belikan coklat kegemaran Ayumi lagi.
Mak mertua plak suwuh Ayumi berjalan2 supaya senang bersalin.
Tak lama selepas makan, nurse panggil untuk masuk ke dalam Labour Room semula.
Time tu husband suwuh Ayumi minum air selusuh.
Pergh..... rasa & baunya macam air longkang. 
Ayumi pun ada makan minyak kelapa sebelum tu.
Orang tua2 kata senang nak teran masa bersalin.

Lepas doktor pecahkan air tetuban Ayumi, husband pun terus masuk Labour Room.
Time tu Ayumi terus minta fon kat husband call mama & ayah Ayumi.
Lepas jer letak fon, Ayumi rasa sakit macam nak ter"berak".
Adoooiyai !!
Sakit yang teramat sangat nak ter"berak"nya tu.
Kebetulan nurse baru nak check amik tekanan darah Ayumi.
Tak sempat nak check, nurse tu terus tengok & kata Ayumi dah "Open" 10cm.
Cepat giler..... Terkejut gak dalam masa kesakitan tu.
Nurse tu terus suruh "Push" jer. Maak aai, dia tak nak panggil doktor ke?

Rupa2nya nurse tu "Sister" daaa..
Dia pun dah leh wat kerja doktor. Hanya nurse, husband & Ayumi jer dalam tu.
Ayumi plak tengok husband time tu dah macam doktor jer.
Dia plak ia2 suwuh push kuat2.
Alhamdulillah, lebih kurang 10 minit pas tu,Ayumi selamat lahirkan Damien.
Yang paling sayu & terharu, air mata kelelakian husband mengalir2 tanpa henti.
Boleh dikatakan husband lah yang menyambut baby masa lahir.

Masa melahirkan arwah anak yang pertama pun, husband juga yang sambut.
So, Ayumi tak heranlah kalau dia boleh melakukannya untuk kali ke-2 nie.
Ayumi mengalami banyak jahitan dibahagian dalam.
Sebab tempoh masa Ayumi bersalin agak cepat.
Sampaikan orang di hospital tu kata Ayumi nie "Iron Woman".
Giler kelakar.. Dapat "Gelaran" Ayumi kat hospital tu.

Sesungguhnya Ayumi amat bersyukur kepada Ilahi,
sebab dia telah mempermudahkan Ayumi ketika bersalin.
Alhamdulillah, syukur....




4 comments:

Wan_hazel said...

lama nya tak update...waaa///taniah dari wan untuk mama damien.. memang lama sgt lah tak tgk.. hehehe..ingat kat wan lagi tak??hahaha.. wan tetap follow blog mama damien .. taniah sekali lagi n epy new year..semoga tahun baru lebih happy bsama yang tsyng

~ AYUMI ~ said...

mestilah ingat wan. kn akak banyak blajar wat blog dr wan. thanks wan... alhamdulillah kini kami bertiga.. hehehe

whitecappuccino said...

Ptotla lama tak nampak ayumi kat sini..tahniah ayumi sebab dapat baby ya! welcome back!!
cepat betul bersalin tu..semoga happy selalu.

~ AYUMI ~ said...

thanks whitecappuccino.
Alhamdulillah, semuanya ketentuan Allah.
bersyukur sgt. ;)

Post a Comment