Wednesday, May 12, 2010

MENCARI KAWAN LAMA

SEMASA TINGKATAN 1 - 3


Ini gambar Ayumi sekolah menegah.
Kalau tak siap Ayumi time ni Ayumi tingkatan 2.
Ayumi dah start jadi Pengawas Sekolah masa Ayumi
tingkatan 1.
Masa nie muka Ayumi gelap sangat coz Ayumi
bersukan selalu.
Lagi pun Ayumi pergi & balik sekolah jalan kaki,
so, tu yang agak legam sikit kulit tue.

Kami sentiasa berempat sejak dari tingkatan 1 sampai 3.
Dari  kiri tu Ain, Ainaa. Ayu & Mayuni (Ani)
Boleh dikatakan "4A GIRLS"
Wakakaaa.....  =)

Ain, selepas tingkatan 3 Ayumi dah tak pernah jumpa dia.
Sebab masa tingkatan 3 dia pindah sekolah.
Selepas tu kami terus lost contact.
Ada juga Ayumi cari Ain waktu Ayumi nak kawen ari tu.
Tapi tak jumpa pun.
Ada orang kata dia pernah kerja kat Tesco Puchong.
Ada juga yang kata dia dah kawen dengan tentera.
Erm.. yang mana satu pun Ayumi tak tahu.
Harap2 suatu hari nanti Ayumi akan dapat jumpa Ain balik.

Aina pula kami ada berhubung melalui telephone.
Sekarang Aina belajar tahun akhir Degree. Dia duduk ngan family
dia kat Kuala Kubu Bharu.
Masa Ayumi kawen, Aina ada datang ngan family dia sekali.

Mayuni pulak kami selalu contact jugak coz Mayuni ada kat Puchong nie je.
Rumah dia pun dekat dengan ofis lama Ayumi.
Cuma kami jarang jumpa sebab masing2 sibuk dengan kerjaya sndiri.

Selepas tingkatan 3, kami berempat terus berpecah.
Ain pindah sekolah, Aina pula terpaksa pindak sekolah coz
ibubapa Aina dah pencen & dorang balik kampung Kuala Kubu.
So, Aina sekolah kat sana jugak lah.
Mayuni plak selepas PMR masuk sekolah teknik.
Ayumi pun masa tu dapat tawaran sekolah teknik kat Pahang.
Tapi Ayumi tak pergi coz Bidang yang ditawarkan tu
bukan pilihan pertama Ayumi.


Sesungguhnya kenangan bersama korang bertiga takkan dapat
Ayumi lupakan sampai bila-bila.
Harap2 lepas nie, kita akan berjumpa sekali macam dulu2.





0 comments:

Post a Comment