Saturday, May 8, 2010

EP : 2 TAMAN BUAYA MELAKA

MELAKA


Sesampainya kami di Melaka bandar bersejarah nie, kami terus 
mencari jalan ke Taman Buaya Melaka.
Pada mulanya nak masuk Zoo Melaka dulu tapi ramai sangat
sampai parking pun susah nak dapat.
Taman Buaya ni berhadapan sahaja dengan Zoo Melaka.

Sempat lagi Ayumi mempromotekan Taman Buaya Melaka nie.
Kami sampai di Taman buaya ni lebih kurang dlm pukul 12 lebih.


Ayumi & Ira sempat berposing kat Pintu Gerbang Taman Buaya nie.
Husband2 kami hanya mampu mengambil gambar pose kami berdua.
Wakakaka...   =)
Ayumi rasa macam Ayumi bergambor ngan adik Ayumi je.
Comey Lote si Ira nie.


Sebelum masuk ke Taman Buaya, sempat lah Ayumi bershopping2
kat luar Taman Buaya nie.
Coz banyak kedai2 menjual barang2 yang cantik2 termasuk makanan.

Cantik tak topi yang Ayumi pakai ni??
Kat kedai nie bermacam warna & bentuk ada dijual.
Tengoklah posing Ayumi mengayakan topi2 kat kedai nie.
Harga2 yang ditawarkan berbaloi2..


Ewah... posing boleh tahan tapi nampak da perut buncit.
Hehe.. tak pelah baru pas bersalin memang cmnie.
Insyallah.. ngah proses kembali seperti dulu.  =)


Di dalam Taman buaya ni, bukan setakat ada buaya je.
Tapi rekaan2 banggunan kecik2 nie pun ada.
Sempat lah berposing kat banggunan rekaan yg kecik2 nie.


Hah... tengok tue ???
Ayumi ngan Ira dah nak sama tinggi ngan bangunan tue.
Wah,... bleh buat cerita Ultraman plak.
Macam mana lah bangunan kat KL nie ada kat Melaka??
Pas tu kecik plak tue??
Nie mesti kerja Doremon yang suka kecik2 bangunan.


Halamak Tugu Negara nie pun ada kat cini.
Kalau kat KL besar giler Tugu nie.
Kat Melaka, Ayumi lagi besar dari Tugu nie.


Kat dalam Taman Buaya ni banyak landskap yang cantik2.
Selain daripada kita tengok2 buaya nie,
kita leh bergambar kat kawasan Taman Buaya nie.
Sebagai contoh gambar Ayumi yang ngah berposing kat atas batu nie.



Setelah berjalan2 diseluruh Taman Buaya, kami berempat sempat
melihat pertunjukkan ular & buaya.
Tengoklah abg kat atas tu, dia memasukkan tangannya
di dalam mulut buaya tembaga tue.
Waah.. seram nyer..!!

Selesai sahaja tamat persembahan itu,kami terus bergerak mencari
Home Stay yang kami booking seminggu sebelum ke Melaka.
HomeStay kami terletak di Jalan Semabok, Melaka.


                                   ***** bersambung...............


0 comments:

Post a Comment