Sunday, May 16, 2010

BRUCE & CHELSEA

di RESTOREN ABC


Semalam memang penuhlah kat semua restoren makan.
Maklumlah ada perlawanan bola.
Kalau tak silap Ayumi pasukan bola Chelsea.
Berlawan ngan pasukan mana pun Ayumi memang tak amik port.
Ayumi hanya sekadar menemani sahaja En Bruce tengok bola.

Yang penting Ayumi dapat makan malam tu.
Hehe.. selera Ayumi nak makan Bihun Goreng lah plak.
Bruce plak tak habis2 ngan Roti Nan dia.


Apalah yang best sangat dengan bola nie.
Sampai berpuluh2 kali Ayumi menguap kat restoren nie.
Sampai menguap sebesar2 alam lah.  =)
Aish... bola2.. Kuat sungguh penangan ko ek.


Mana orang yang minat bola mesti kata Ayumi tak sporting kan.
Yelah, sebab Ayumi bukan layan sangat bola nie.
Kadang2 kesian jugak kat Bruce layan bola sowang2.

Erm.. akibat mengantuk yang amat sangat, Ayumi meneruskan
menguap secara comel.. wakaka.... Adake ??

Bruce yang asik tengok Ayumi menguap tak henti2,
mengajak pulang ke rumah.
Bruce kata dia sambung tengok bola kat rumah.
Dalam hati berkata : -
"yes2.... balik jugak akhirnya. Aku dah ngantuk nie".
Alhamdulillah, memahami jugak suamiku ini.

Ayumi betul2 tak tahan, mata dah mengantuk sangat2.
Bila sampai je rumah terus golek2 atas katil & tidur.

0 comments:

Post a Comment