Thursday, May 13, 2010

KENANGAN ZAMAN SEKOLAH




=) Tersenyum & boleh tergelak sendiri kalau teringat balik kisah2
kami berempat nie.
Macam2 dah kami lalui bersama sehinggalah sekarang.
Kami sememang sudah lama berkawan tetapi keakraban kami
bermula semasa kami di Tingkatan 4.

Mana yang pernah bersekolah di Sek.Men.Keb. Puchong Perdana
tahun 2003 sudah tentu2 kenal kawan2 Ayumi nie kan.
Baju hijau tu dah tentu2lah Ayumi, Shiela, Eijant & Ieza.
Ieza memang Ayumi dah kawan lama sejak dari Tadika lagi.

Persahabatan kami berempat seolah2 menjadi satu ikatan adik beradik.
Kemana saja pasti bersama. Kadang2 makanan & minuman sentiasa dikongsi bersama.
Kami bukanlah satu kelas. Ieza & Shiela di kelas Sains.
Manakala Ayumi & Eijant dikelas Akaun.

Tapi sewaktu disekolah, kalau time rehat je pasti kami
akan rehat bersama.
Pergi sekolah bersama, balik sekolah pun bersama.


Waktu nie masa balik sekolah. Yang amik gambar nie Ejant.
So, Ejant tak de dalam gambar. Diganti dengan Hafrizah (kanan sekali).
Seronoknya masa sekolah kan. Fikiran tak fikir apa2 pun.
Hanya tahu belajar & happy2 dengan kawan2.

Waktu berlalu bergitu pantas.
Ayumi dah pun berkahwin. Manakala Shiela dah pun bertunang.
Sekarang Shiela kerja di area Curve.
Ieza pula masih belajar dalam bidang Jururawat.
Eijant pula tahun akhir dalam Akauntan.

Sekarang nie tinggal Ieza & Shiela sahaja yang masih belum
ada perancangan berumahtangga.
Hai.. cepat2lah yer.. Umur kita dah makin bertambah dah nie.. =)
Ieza & Faies dah hampir 9 tahun bercouple.
Erm... bila lagi korang berdua nie.???
Eijant plak sorok2 pakwe. Pakwe org Terengganu lah tue..hehehe..

Alhamdulillah persahabatan kami berempat sangat akrab.
Sehinggakan pantang saja ada cerita terbaru
pasti sampai di antara kami.
Harap2 hubungan persahabatan kita akan kekal sehingga akhir hayat.
Amin   =)

0 comments:

Post a Comment