Tuesday, May 18, 2010

TUGU NEGARA ?



=)  Mesti ada yang tetanya2 kan nape plak suami isteri ni leh ada kat
Tugu Negara. Erm.. sebenarnya kami tersinggah secara tak sengaja.
Kebetulan pergi hantar gambar & montaj customer kami bertunang
kat area Taman Medan & KL.

Bolehlah wat duit2 shopping sikit2.
Alhamdulillah.... rezeki murah semasa kehadiran arwah anak kami
Siti Aisyah binti Mohd Fairus.
Bruce sekarang nie lebih bertumpu kepada Ayumi Resources
sepenuh masa. Kadang2 macam tak percaya pulak
Ayumi Resources ni wujud dalam kehidupan kami.

Bruce lebih fokus kepada Skop Event Organizer nyer.
Ayumi pula lebih pada Wedding Planner.
Kami kerja satu bumbung yang sama tapi berlainan bidang.


Sekarang nie, Bruce ada jugak tolong2 Ayumi dalam kerja Ayumi.
Macam biasalah, kalau Ayumi sibuk makeup & decoration majlis kawen
atau pertunangan customer, Bruce akan jadi juru gambar.
Sebenarnyer, alhamdulillah kami cebur pulak dalam
bidang photography nie. So far, feed back semua kata
berpuas hati.

Mula2 rasa macam tak yakin nak buat.
Tapi atas sokongan Suami tersayang, Bruce bagi sepenuh galakan.
Bruce kata " Kalau Umy tak cuba, macam mana nak tahu kita boleh @ tak".


Kebetulan nak cari tempat menarik untuk sesi Outdoor untuk
customer kami yang bakal kawen awal bulan 6 nie,
kami cadang nak bawa di Tugu Negara.
Hehe... bukan apa Ayumi & Bruce suka suasana kat kolam air dia.
Macam best kalau wat gambar outdoor untuk pengantin.


Ayumi juga sekarang nie sibuk wat part time kat ofis lama Ayumi.
Hehe.. itu sekadar isi masa lapang.
Bos lama Ayumi Mr Ronny & Kelly minta Ayumi tolong company dia.
Coz sepanjang 2 tahun lebih Ayumi tinggalkan company tu,
tak ada sapa pun yang boleh lekat @ kerja lama kat situ.
Erm... kesian jugak tengok dorang.


Minggu lepas Bruce suruh Ayumi berhenti kerja part time
kat ofis lama tu, tapi Kelly minta tolong sangat sebab tak de sapa nak
backup kerja tu.
Kalau boleh mintak sangat sampai bulan 6 ni.
Coz bulan 6 nie ada budak baru masuk.
Bruce suwuh Ayumi berhenti sebab doktor kata Ayumi kene
banyak berehat coz Ayumi baru lepas 6 bulan bersalin.


Suami mana tak sayang isteri & Isteri mana tak sayang suami kan??
Apa pun Ayumi tetap minta izin Bruce untuk kerja sebulan dua lagi kat
ofis lama Ayumi.
Alhamdulillah Bruce akhirnya faham.
Tapi Ayumi kerja kerap gak ar ponteng. hehehe...
Kadang2 dalam seminggu sehari je kerja.

Bukan apa, kadang2 terpaksa ikut Bruce outstation kan.
Bruce dia dah letakkan perkataan WAJIB untuk Ayumi ikut
dia ke mana saja dia outstation.
Lagi pun kalau Ayumi banyak job, terpaksalah cuti keje part time.
Kalau Ayumi free je Ayumi datang sana.


Bersyukur pada Allah dikurniakan suami yang memahami.
Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan.
Perkenalan 3 bulan sahaja mengikat kami menjadi Suami & Isteri.


Kita sememangnya kene yakin dengan jodoh kita.
Insyallah, Allah akan makbulkan permintaan kita.
Walaupun pelbagai dugaan yang kami lalui, itu semua
tak mematahkan semangat & cinta kami.
Allah Maha Adil.
Sesungguhnya orang2 yang menganiaya kami akan mendapat
balasan dari Allah S.W.T.
Kami hanya mampu memaafkan mereka.
Tapi dosa mereka dengan Allah, hanya mereka yang perlu
memohon keampunan dariNya.


Haiyaak.... apa emo2 malam nie.
Hehe... Kawan2 ada tempat2 menarik tak nak wat outdoor pengantin??
Selalunyer Ayumi lebih kerap bawa customer kat Taman Putrajaya.
Yang itu pun paling dekat.. hehehe...


Inilah jurugambar tetap Ayumi Resources.
Siap terbaring2lah amik gambar Ayumi berposing.
Siapa lagi kalau bukan Suami tercinta Ayumi nie.



0 comments:

Post a Comment