Monday, June 8, 2009

CAMERON HIGHLAND

BEKERJA SAMBIL BERCUTI


Lagi sekali Ayumi & Sal terpaksa outstation ke Pahang.
Ni semua gara2 projek PTK.
Maklumlah... cikgu2 Malaysia semua nak amik peperiksaan.

Macam biasa Bruce akan sentiasa bersama Ayumi walau dimana
Ayumi berada.
Cewahhh ... macam Romeo & Juliet lah pulak.  =)
Jalan jauh tu, pusing2 Pahang nak hantar Exam Paper cikgu2.

Selepas selesai round2 Pahang, apalah lagi...
kaki kami bertiga sudah GATAL2 nak ke
CAMERON HIGHLAND.

Cam biasa, pemandu lori kami Abey dah pulang dulu ke Puchong.
Coz die kene hantar report kat MPM.


Haiyaakk.... cuba tengok muka si Sal nie??
Sebenarnyer Sal time ni ngah mabuk jalan. Nak muntah katanyer.
Kebetulan time tu ada plak lori giler laju je lalu sebelah kitaorg.
Siap bleh bunyi HON kuat & boleh plak time coner wat coner baring!!
haha.... laju giler. Tak sayang nyawa tul.

Belakang kitaorang ni ada Air Terjun yang comel.
Air yang datang dari atas bukit.
Kitaorang lalu di kawasan Perkampungan Orang Asli.

Jalan kat situ bengkang bengkok + curam + gunung ganang + jalan kecik.
Haduss.... seram giler.


Sesampai diperkampungan orang asli,
ada terdapat kedai2 yang jual barang makanan, gift, & macam2 lah.
Haa.. jual topi koboi pun ada.
Tengok, Ayumi dah sebat Topi Koboi ni.
Macam MR POTATO je !! wakaka...

Mana gi kuda Ayumi ek??
Owh.. lupa plak Sal pinjam tadi.hehe...


Selain tu, Bruce sempat lagi ke kedai jual barang2 lama & purba.
Uish.. seram masuk kedai tu. Naik bulu roma.
Bruce suka tengok jenis2 pedang& pisau2 lama.
Lagi satu, duit2 syiling lama pun banyak.

Ayumi & Sal pulak kami pergi ke kedai Strawberi.
Tengok strawberi besar nie... Nak tak??
Selonggok RM5 hengget.  =)


Halamak... apa si Bruce buat ni???
Mana dapat Petai tu??haha...

Bruce bukan gi masuk hutan carik petai, tapi ada penduduk orang
asli tu jual petai tepi jalan.
Bruce beli untuk bawa balik Puchong.
Nak wat sambal Udang ngan Petai.

Haiyaak... bucuk nanti bila membuang!! haha...



Selepas penat jalan2, kami pun singgah makan di kawasan
perkampungan orang asli.
Erm... sedap2 jugak masakkan kat sini.
Ayumi time ni makan Laksa dia.
Saja nak testing2.
Sal & Bruce pulak dorang makan nasi.

Keesokkan harinya.......... :-

Inilah dia model WANITA STRAWBERI.
Time ni kitaorang kat ladang Strawberi.
Merah2 je strawberi yang ada. Rasa nak makan semua.
Kat sini boleh makan strawberi segar dr ladang.


Masa ni Ayumi ngah pening kepala. Yelah, jalan berbelok2.
Sempat gak lah muntah sebelum masuk ladang ni.
Sal pulak muka dah pucat. Dia pun pening2 lalat gak.
Selepas puas jalan2 kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Puchong.

0 comments:

Post a Comment