Friday, June 5, 2009

PERKENALAN KAMI

X-COMPANY
IOI BUSINESS PARK

Ini lah tempat dimana Ayumi & Bruce diibaratkan
Cinta Pandang Pertama

Ayumi yang bekerja dahulu dibangunan IOI Business Park, Puchong ni.
Ayumi kerja di syarikat Telekomunikasi.
Nama company tu Radius Synergy Sdn Bhd.
Ayumi time tu kerja sebagai Administration Asst.

Setelah 5 bulan Ayumi bekerja di situ,
Bruce pula melangkah masuk kerja di bangunan ini.
Tapi Bruce bekerja disebelah office Ayumi.
Company Medical iaitu Cross Protection (M) Sdn Bhd.


Bawah office kami ada satu Cafe nie.
Namanyer The WaterLily Cafe.
Haa.. kat sini lah sepasang mata bertentangan antara satu
sama lain. Ahaaks.. !! =)

Time tu Bruce tengah makan dengan member office dia yang lain.
Kebetulan Ayumi baru balik makan dari restoren kat sebelah
bangunan ni. So, Ayumi lalu dihadapan cafe WaterLily.
Masa lalu tu lah, adegan Ayumi terpandang Bruce &
Bruce pula terpandang Ayumi.

Yang bestnyer, kitaorang pandang je tapi tak senyum pun.
Masing2 time tu wat muka poyo masing2.. wakaka..!
So, Ayumi & kawan2 yang lain terus masuk office.
Salah seorang kawan Ayumi pula satu office dengan Bruce.


Keesokkan harinya, semasa dalam perjalanan nak kuar makan.
Kawan Ayumi yang satu office dengan Bruce memberitahu Ayumi
yang Staff Baru Office dia kirim salam kat Ayumi.
Ayumi pun macam tak percaya.
Kawan Ayumi kata, semalam asik tanya pasal Ayumi je.
Sampai nak buat kerja pun susah.
Hehehe..

Ayumi time tu wat tak tahu je.
Jual mahal lah konon.
So, Ayumi wat macam biasa je. Bila dia senyum, Ayumi senyum.
Bila dia tanya, Ayumi jawab je lah.
(haha... Kelakar kn??)


*** Nantikan sambungan cerita nie....


0 comments:

Post a Comment