Sunday, June 7, 2009

PERKAHWINAN NOLY & AWIE

AYUMI COUSIN



Wajah Noly sewaktu Majlis Pertunangannya.
Bertemakan warna Merah Putih.
Noly mengikat pertunangannyer selama 6 bulan sahaja.
Lelaki pilihannya adalah orang utara semenanjung.
Mana lagi kalau bukan Kelantan Darul Naim.

Jauh betul sepupu Ayumi ni cari jodoh.
Inilah dinamakan kalau dah jodoh kan.
Nama lelaki pilihan Noly ni Awie.Nama betul Ayumi tak tahu la plak.


Noly ni muda setahun daripada Ayumi.
Masa dia kawen ni, umur dia 21 tahun. So, Ayumi time ni 22 tahun la.
Kami ni nak dikira "Dua Pupu" belah mama Ayumi.
Sebabnyer mama Ayumi sepupu dengan ayah Noly.


Gambar Noly berbaju putih ni masa Noly nikah.
Tarikh 24 May 2008 ~ Dimana Majlis Pernikahan Noly & Awie
yang berlangsung di Masjid Terapung, Puchong Perdana.
Time ni macam biasa Ayumi telah ditugaskan untuk menjadi Pengapit Noly
sepanjang majlis dia berlangsung.

Sahabat2 Noly turut mengirinya semasa acara Pernikahan berlangsung.
Ketika itu, Ayumi membayangkan saat2 yang Ayumi bakal
lalui seperti mana Noly merasainya.
Waahhh... Penuh debaran semasa acara Akad Nikah berlangsung.
Macam mana lah Ayumi sok ek?? =)


Hahaha... tengok nie. Sempat lagi Ayumi bergambar dengan kawan2 Noly
yang juga merupakan jiran tetangga Ayumi juga.
Bab2 posing ni, suka je budak2 nie termasuklah Ayumi sekali.


Majlis Persandingannya pula diadakan keesokkan harinya.
Tema Oren, Maroon & Gold menjadi pilihan pengantin kita nie.
Ayumi pula macam biasalah, tugasan menjadi pengapit telah pun diberikan.
Tengoklah Gadis comey berbaju Merah itu !!
(** hahaha... perasan je !)


Ramai tetamu yang hadir di majlis perkahwinan Noly.
Termasuk rombongan dari KLIA lagi.
Noly & Suaminya merupakan Polis KLIA.
Mereka berkenalan & bercinta pun bermula dari tempat kerja juga.
Alhamdulillah, Semoga Bahagia sehingga Akhir Hayat. Amin.


0 comments:

Post a Comment