Sunday, June 7, 2009

MAJLIS MALAM BERINAI KU



Pelamin di atas merupakan Design Khas untuk Malam Berinai sahaja.
Untuk Persandingan, Pelamin akan diubah suai sedikit.
Bagi pelamin Malam Berinai, Ayumi nak nampak simple.
Sebab Malam Berinai, Ayumi mengenakan Songket Marron
dan ada manik berwarna Silver.

So, Malam Berinai Ayumi nak ada gaya Kampung2 sikit.
Sebab, masa sanding Ayumi buat Tema Taman.
Malam Berinai biar simple2 je.
Masa sanding nanti baru nampakkan "KEBABOOMM".  =)



Ini gambar sewaktu Ayumi sedang dimake up kan.
Mak Andam kata Ayumi ni tak reti duduk diam. Susah mak andam nak solek.
Memang si Ayumi ni, nak kene babab.
Bila makeupkan orang pandai je cakap " Dok diam2 yer, kang make up tak cantik ".
Bila kena time diri sendiri kene makeup, rasakan lah kejegangan Urat Tengkok.


Malam Berinai Ayumi dipenuhi dengan tetamu yang hadir.
Ya Allah, ramainyer.
Uish.. ni baru malam berinai. Belum esok lagi.
Macam mana lah keramaian tetamu waktu bersanding sok??

Songket yang panas tu, Ayumi rasa sejuk plak.
Ketakutan nyer pasal.


Malam tue kita orang memang betul2 panat sangat.
Bergambar memang tak henti2. Lepas satu, satu lagi.
Bruce pula lepas malam berinai kene balik Kundang balik.
Sebab sok Bruce datang dari Kundang masa majlis Persandingan.

Majlis Malam berinai pun habis dalam pukul 11.00 malam.
Bruce selepas fotografy, dia terus balik.
Ayumi plak... hahaha....
Ayumi salin baju dan terus meluru ke luar untuk berkaraoke.
Halamak... Pengantin dendang 3 buah lagu.

Nie namanyer pengantin tak tau malu.
Lagu2 yang dinyanyikan oleh Ayumi ialah :-
1) Perigi Biru
2) Gadis & Bunga
3) Lagu dari Artis Kesayangan Ayumi Siti Nurhaliza (Percayalah)

Last sekali, pengantin perempuan telah diarahkan masuk tidur.
Ini kerana esok nak sanding mata bengkak tak cukup tidur.

0 comments:

Post a Comment