Thursday, June 4, 2009

MAJLIS PERTUNANGAN KU


Tibalah saat2 yang dinantikan ....
12 April 2008
Majlis Pertunangan Ayumi & Bruce
yang berlangsung di Taman Puchong Indah, Puchong.
Majlis diadakan sekitar pukul 11.30 pagi.

Sanak saudara dan jiran tetangga sudah berkumpul seawal
pukul 10.00 pagi untuk meraikan
Majlis Pertunangan Ayumi & Bruce.
Kedengaran suara2 tetamu yang hadir tidak putus2..

Makin berdebar2 hatiku ini.
Ketika itu Ayumi sedang dimakeup oleh Mak Andam
yang turut merupakan saudara belah ayah Ayumi.


Hehe.. best rasanyer dimakeup oleh orang.
Selalunyer makeup diri sendiri @pun makeup kan orang lain.
Berdebar gak nak tengok perubahan muka sendiri.


Jeng... jeng...jeng.....!!!
Cun tak Ayumi selepas dimakeup kan??
Makeup yang mengambil masa lebih kurang 2jam.
Sampai lengoh satu badan nak menunggu siap makeup.


Ini pula reaksi Parent Ayumi yang sedang bersiap2
untuk menyambut tetamu yang hadir.
Biasalah, x-cited sikit, anak sulung bertunang.


OOppps .. lupa pulak.
Ni adalah baju Pertunangan Ayumi.
Direka KHAS oleh tunang Ayumi sendiri iaitu Bruce (Fairus)
Jangan terkejut yer.. Bruce ni memang suka bab Fesyen2 ni.
Tapi tukang jahit baju iaitu Cik Mie merupakan
makcik kepada Bruce.



Kat atas ni merupakan gambar2 saudara mara & kawan2 yang
hadir ke Majlis Pertunangan Ayumi.
Perasaan semakin berdebar2 pabila saudara & rakan
memberitahu bahawa majlis sedang bermula.
Wah,.. hanya orang2 yang penah mengalaminya akan merasa
perasaan Ayumi ketika itu.



Inilah suasana majlis ketika berlangsung.
Ketika ini, Ayumi sedang keresahan menunggu di atas.
Majlis berjalan secara lancar.
Sebab perbincangan telah dibuat semasa Majlis Merisik lagi.
So, masa waktu ni just diulang semula apa yang dibincangkan
semasa Majlis Merisik yang diadakan 2minggu sebelum itu.
Antara topik2 perbincangan ialah Jumlah duit hantaran & tarikh
perlansungan pernikahan & perkahwinan.
Kata sepakat bersetuju duit hataran sebanyak RM10k.
Manakala untuk tarikh Nikah & Perkahwinan pula,
adalah setahun selepas bertunang iaitu
12 April 2009


Aduh... tiba2 nama Ayumi dipanggil untuk turun.
Sebab sesi perbincangan sudah pun selesai.
Mak aai... makin berdegup laju jantung Ayumi dibuatnyer.
Menggigil kaki nak turun tangga.

Apa2 pun , " Control Cun " maa... haha..
Sampai dibawah je, seribu pasang mata yang memandang
Ayumi ketika itu.
Ayumi pun terus duduk di pelamin Kipas Ayumi.


Inilah gambar pelamin Kipas Ayumi. Cantik tak??
Sesi menyarung cincin telah pun berlangsung.
Mak Bruce yang menyarungkan cincin ke jari Ayumi.
Disaksikan oleh semua tetamu yang hadir.


Ini pula wajah mama Ayumi.
Ini gambar selepas majlis sarung cincin telah selesai.
Bergambar ngan mama pula.


Setelah selesai.. para tetamu dijemput makan oleh ayah Ayumi.
Memandangkan agak ramai juga tetamu yang kami jemput.
Jadi Bruce mencadangkan membuka Kanopi untuk tetamu yg hadir.
Untuk keselesaan tetamu makan dan duduk berborak.
2biji kanopi telah dipasang dengan scallop biru putih
yang melambangkan tema pertunangan Ayumi.


Inilah diantara hantaran daripada Pihak Ayumi
kepada rombongan pihak lelaki.
Tema : Biru & Putih


Ini pula diantara hantaran daripada pihak Bruce
kepada pihak Ayumi.
Tema : Coklat & Gold (Emas)


Majlis selesai kira2 lebih kurang pukul 2.30 petang.
Alhamdulillah.. semuanya berjalan seperti yang dirancangkan.

0 comments:

Post a Comment