Sunday, June 7, 2009

MAJLIS PERNIKAHAN KU

11 APRIL 2009


Saat2 yang penuh debaran bagi setiap insan yang bakal melangkah
ke alam rumah tangga.
Satu ikatan yang bakal di ikat rapi bagi mengesahkan
pasangan menjadi Suami & Isteri.
Apabila ikatan telah disimpul mati, maka terletaklah
segala tanggungjawab antara Suami & Isteri.
Demi sebuah mahligai indah yang dijanjikan.


Alahai... Ayumi.
Terketar2 tangan Ayumi sewaktu ingin menandatangani surat
Pengesahan & Perakuan Nikah.
Tandatangan Ayumi yang comel selama ni, jadi macam Cakar Itik.
=)

Tue lah, dulu suka gelak2 kan orang. Sekarang kene muka sendiri.
Dalam hati hanya Allah je yang tahu.
Macam tak percaya je Ayumi dah pun jadi isteri orang.
Ayah Ayumi yang nikahkan kami.
Bruce Akad Nikah dengan 3 kali lafaz.

Nak tau apa sebab2nyer ???
(** Haha.. Daddy jangan marah ek !!)
1) Bruce baca lafaz tak kuat & kurang jelas. Coz time tu hujan kat luar.
So, Tok Kadi suruh Bruce baca kuat sikit.
2) Akibat nervous yang terlampau sangat, Bruce tergagap salah sebut jumlah
Mas kawen. Sepatutnya RM100 tunai tapi dia nak sebut RM1000 tunai.
3) Last sekali, barulah Bruce melafazkan Akad dengan penuh sempurna.
Alhamdulillah..



Setelah selesai Akad Nikah, Tok Kadi pun membuat bacaan doa kesyukuran.
Setelah selesai berdoa, Bruce diminta membaca Taklik di depan Ayumi.




Gambar di atas merupakan sebahagian hantaran yang diberikan
oleh pihak Lelaki kepada Ayumi semasa Majlis Pernikahan.
Ini disebabkan pihak lelaki masih mahu mengekalkan
adat istiadat Orang Negeri Sembilan.

Tapi bagi Adat Orang Perak pula, kalau dah bagi hantaran
serba satu MENAIK dah tak perlu bawa hantaran lagi masa Nikah @ Sanding.


Jeng...jeng..Jeng..!!
Cantik tak cincin tu ???
Cincin nie adalah tanda kasih dari Ayumi kepada Bruce.


Manakala Set Barang Kemas ni pula,
Tanda Kasih Bruce pada Ayumi.


Eheeem...
Sudah bermula sesi menyarung cincin yer.  =)
First2... salam dulu yer suami kita.
Kemudian, Suami perlu mencium dahi Isteri.

Walaweh... malu2 tau ! (** Gatal tul Ayumi..)


Selepas itu, barulah acara sarung2 cincin.
Ada cerita kelakar sikit time nak cium dahi.
Bruce masa nak cium dahi Ayumi, dia hampir nak terjatuh.
Ish2... menggigil kaki suami Ayumi.
Nasib baik Ayumi tak disuruh berdiri. Mau lemah longlai satu badan.
Wakaka..  =)


Ini pula gambar masa dah sampai kat umah Ayumi.
Berposing dalam bilik pengantin lah pulak.
Dah jadi suami isteri, leh posing maut2 sikit. Dah Halal katakan.

0 comments:

Post a Comment