Sunday, June 7, 2009

RAHSIA TULISAN ?

MARI KITA BERKONGSI
TENTANG RAHSIA TULISAN




Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

 
Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat .Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper .Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasihsayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak sukacampur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalantengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)



Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut



Kelima : Pada huruf J, G, Y, Zi. Ada ekor

a) Besar, panjang dan sempurna
•Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri







Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)



i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggiii. Rendah• Mudah berpuas hati, cita-cita rendahiii. Tengah-tengah• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana







Rumusan : -



Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup


0 comments:

Post a Comment