Monday, June 8, 2009

MAJLIS PERSANDINGAN KU

12 APRIL 2009


Inilah wajah kedua ibubapa Ayumi.
Ceria dipagi hari yer. Bersedia menyambut tetamu yang hadir pada hari itu.
Bertemakan Alam Flora, so tema Ayumi Hijau.
Tak kisahlah sama ada hijau daun, hijau pucuk pisang @ hijau2 yang
seangkatan dengannya.
Yang penting hijau !!



Seperti yang Ayumi bagitahu tempoh hari, Tema Pelamin untuk bersanding lain sikit.
Kalau malam berinai Ala2 Kampung, tapi waktu
Persandingan Ala2 Taman lagi.

Gambar di atas merupakan gambaran Pelamin Makan Beradab
juga termasuk gambaran Pelamin Ala2 Taman tu.
Di penuhi dengan bunga2 putih yang suci, di temani dengan kehijauan
tanda keharmonian sesebuah rumahtangga.
Ceewaah.. !!  =)

Majlis Perkahwinan Ayumi, terdapat 4 jenis pelamin :-
1) Pelamin Malam Berinai
2) Pelamin Persandingan
3) Pelamin Makan Beradab
4) Pelamin Untuk Bilik Pengantin..



Haaa.. Inilah dia Pelamin untuk Bilik Pengantin.
Direka Khas oleh Team2 Ayumi Resources.
Bilik pun Ala2 Taman jugak yer.
Background Pelamin Matahari + Sangkar Burung.


Dalam pukul 1.00 petang, handset Ayumi berbunyi.
Halamak.... Bruce call. Bruce memberitahu bahawa rombongan dia dah sampai.
Berdegap dedut jantung Ayumi nie.
Bagai nak jatuh ke lantai.

Para Tetamu yang hadir begitu ramai.
Mereka menganggar kan lebih dari 2,500 orang tetamu yang hadir.
Kehadiran tetamu seawal 10.30 pagi sudah membanjiri khemah2 tetamu.

Apabila Ayumi keluar dari rumah, kedengaran suara tetamu
yang melaungkan nama " Pengantin Dah Turun "
Pergh.... hanya Allah saja yang tahu perasaan Ayumi ketika itu.

Ya Allah ramainya tetamu yang hadir.
Bayangkan 10biji khemah tetamu dipenuhi dengan orang ramai.
Ramai yang masih menunggu giliran untuk duduk & makan.
Hati Ayumi terus mengucapkan "Alhamdulillah"

Tiba2 hati Ayumi terdetik, " Erm.. makanan cukup ke ar??"
Hadus.... Tiba2 kedengaran suara jiran & makcik Ayumi yang menyatakan
untuk Order lagi 50 ekor ayam.
Ya Allah... berderau hati Ayumi.
Biar makanan berlebih, jangan makanan kurang.

Ayumi sempat lagi bertanya kat makcik Ayumi.
" Bik, lauk tak cukup ke?"
Makcik Ayumi terus menjawab,
" Aar tak cukup. Ni dah masuk 3 kali masak dah. Orang ramai sangat along"

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan perkahwinanku ini. ! Amin
Aku menjadi risau seketika.

Paluan kompang telah kedengaran.
Ayumi telah diarahkan untuk menuju ke rombongan pihak lelaki.
Dah lah dengan perasaan gementar, ditambah pula
dengan perasaan risau tentang makanan tetamu.


Dengan hanya Bertawakkal, Ayumi terus menuju untuk mendapatkan Bruce.
Diiringi oleh pengapit Ayumi dan 5 orang Flower Girl yang semuanya
merupakan sepupu Ayumi.
Baju2 Flower Girl juga semuanya merupakan rekaan Bruce sendiri
dan dijahit oleh makcik Ayumi (Bik Hendon)


Hehe... Malu2 yer jumpa suami Tercinta.  =)
Aish... napalah Bruce pandang Ayumi macam tue??
Cun sangat ke? Wakaka....
Owh yer... dah jumpe tu salam & cium tangan suami.
Ambil Berkat.


Tibalah masanya pengantin berarak diiringi dengan paluan kompang.
Erm.. Ahli Kompang untuk Wedding Ayumi ni
di Sponser oleh Persatuan Kompang Puchong Indah.

Syukur Alhamdulillah, ramai yang sponser Majlis Ayumi.
Mana taknyer, ni senarai Sponser yang Ayumi ingat :-
1) Kuih Muih - Sepanjang 3hari berturut2, disponser oleh Persatuan Ibu2 Puchong Indah
2) Gula (Stock sepanjang Majlis) - Disponser oleh pakcik Ayumi
3) Telor 1000 biji - Disponser oleh jiran Ayumi
4) Teh Tarik (Mlm Berinai ) - Disponser sepenuhnya oleh Persatuan Flat Puchong Prima
5) Barang Masakkan (Sebahagian) - Disponser oleh jiran & saudara
6) Gift (kerepek & cup cake) - Disponser oleh Makcik & sepupu Ayumi.
Yang lain2 Ayumi tak ingat. Sebab banyak yang berurusan ngan parent Ayumi.

Apapun, Ayumi ucapkan Ribuan Terima Kasih yang tak terhingga
kepada semua yang Sponser & menjayakan Majlis Perkahwinan Ayumi.
Hanya Allah yang dapat membalas jasa Kalian.


Ribuan tetamu yang hadir membuatkan Ayumi merasa kaki menjadi
lemah untuk berdiri.
Begini rupanyer perasaan orang yang bersanding.

Sebelum bersanding di pelamin, Ayumi & Bruce diminta bersanding diluar
khemah untuk acara Silat & Baling Gula2.


Acara Silat dilakukan oleh Ahli2 Persatuan Kompang & juga anak
murid Silat ayah Ayumi.
Untuk acara Membaling gula pula, dirancang oleh
Persatuan Ibu2 Puchong Indah (Ketuanya Cik Moon)


Tibalah masa pengantin nak bersanding kat Pelamin pula yer.
Di tabur kelopak bunga2an oleh Flower2 Girl kita nie.
Sambil berjalan di Red Carpet menuju ke singgahsana.
Waahh... Gitu  =)


Palamin Ala2 Taman. Inilah hasilnyer.
Tema Taman ni adalah pilihan Ayumi sendiri.
So, Bruce ikut je. Mula2 cadang nak buat Ala2 Moden
yang pakai kerusi tinggi2 tu.
Tapi parent Ayumi macam kurang berkenan.
So, kami pun pilihlah nak wat Konsep Taman.
Parent Ayumi pun setuju, then buat seperti yang dirancang.


Ini pula sewaktu makan beradab.
Segala dekoration untuk makan beradab dibuat oleh
Persatuan Ibu2 Puchong Indah.
Kreatif2 yer Ibu2 kita nie.


Hah.. tengok dah lupa. Sebenarnyer ramai lagi yang sponser.
Diantara yang Ayumi lupa, Kek 3 Tingkat ni.
Disponser oleh adik kepada Dato' Noh Omar. Namanyer Abu Samah Omar.
Beliau merupakan adik angkat parent Ayumi masa kitaorang
duduk Shah Alam lagi.


Setelah selesai acara persandingan, Krew2 Ayumi Resources
menculik kami pergi bergambar di luar.
Memandangkan kami tersangat penat, so tak jadilah untuk
ke Putrajaya.
Pengambilan Kefotoan diambil di Kolam Renang
KOI Tropika Kondominium yang terletak dibelakang umah Ayumi je.

Hari yang sangat2 penat bagi Ayumi & Bruce sekeluarga.
Inilah kenangan yang termat bermakna buat kami.
Kenangan ini kami harap dapat dikongsi bersama anak2 & cucu kami.
Amin.. Insyallah.

Alamak ..lupa pula cerita pasal makanan cukup ke tak.
Jangan risau.. atas kecekapan jiran2 Puchong Indah, mereka berjaya memasak
sebanyak 3 kali untuk tetamu yang begitu ramai.
Makanan pula tak terlebih sangat & takde pula sampai yang tak dapat makan.
Syukur Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment